Soalan Lazim

Anda boleh mencari jawapan kepada soalan anda di sini,atau anda boleh menghubungi kami terus melalui borang.

Akademi Asshafy mempunyai guru khas dari negara Arab, khususnya Mesir, yang mengajar Al-Quran dan Bahasa Arab secara langsung. Guru-guru dari Malaysia pula berkelulusan Ijazah Pengajian Islam dan berpengalaman dalam mendidik pelajar. Gabungan ini menjamin pendidikan berkualiti tinggi.

Kelas mengaji secara fizikal mempunyai 3 cawangan: Cawangan 1: Dewan Assyafie, Pasir Mas. Cawangan 2: Taman Sri Jias, Pasir Mas. Cawangan 3: Tingkat 2, Farmasi Muammar, Tendong, Pasir Mas. Anda boleh memilih cawangan yang paling berdekatan dengan anda.

Kelas dalam talian menggunakan Google Meet. Peringatan dan pautan kelas akan diberikan setiap hari apabila terdapat kelas.

Ya, sijil akan diberikan kepada pelajar yang khatam Qiraati, Al-Quran, dan Bahasa Arab.

Ya, tenaga pengajar mempunyai kelayakan dalam bidang agama serta pengalaman mengajar Al-Quran kepada orang dewasa dan kanak-kanak.

Ya, untuk kelas mengaji kanak-kanak dan dewasa secara dalam talian, anda boleh memilih hari dan masa yang sesuai dengan jadual anda.

Ya, boleh. Kami akan mengaturkan guru perempuan untuk anda.

Kelas yang dibatalkan pada saat akhir tidak akan diganti kerana guru telah menunggu. Namun, jika pembatalan dimaklumkan lebih awal, kelas akan diganti ke hari lain. Jadual kelas ganti akan ditetapkan mengikut waktu lapang guru.

Bayaran yuran perlu diselesaikan pada awal bulan atau bila-bila masa dalam tempoh sebulan kelas.

Tidak, bahan pengajaran untuk kelas disediakan oleh Akademi Asshafy. Anda tidak perlu membeli bahan tambahan kecuali dinyatakan sebaliknya.

Masih ada soalan lain?