Deskripsi
KELAS:TAHSIN TILAWAH
(BERSEMUKA DAN ONLINE)
APAKAH ITU TAHSIN TILAWAH?
Tahsin Tilawah bermaksud memperbaiki dan memperelok bacaan Al-Quran (Talaqqi Musyafahah) dengan mengikut kaedah tajwid yang betul. Ia melibatkan penekanan terhadap sebutan huruf (makhraj), sifat-sifat huruf, intonasi, dan penghayatan dalam bacaan.
PENGENALAN PROGRAM
Program ini dikendalikan oleh kumpulan guru berpengalaman yang mahir dalam pengajaran dan hafazan Al-Quran. Pelajar akan mempelajari makhraj dan sifat-sifat huruf serta menguasai bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul. Pelajar akan diajar cara sebutan huruf Arab yang tepat sebagai asas sebelum membaca Al-Quran.
MATLAMAT PROGRAM
- Menguasai sebutan huruf Arab dengan makhraj dan sifat yang tepat serta sempurna.
- Memperbaiki bacaan perkataan Arab dengan struktur sintaksis yang benar.
- Mengamalkan bacaan Al-Quran secara bertajwid.
- Memahami dan mengaplikasikan kaedah wakaf dan ibtida’.
- Menyediakan pelajar untuk menyertai program ijazah (Talaqqi bersanad).
KAEDAH PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanaan program ini bergantung kepada tahap penguasaan dan kemampuan setiap pelajar.
1. TEMPOH 3 BULAN
- Untuk pelajar dengan kesalahan tajwid yang minimum.
- Pelajar akan memperbaiki bacaan Al-Quran dalam tempoh 3 bulan, disertai dengan kelas pengajian ilmu Tajwid.
2. TEMPOH 8 BULAN
- Untuk pelajar dengan kesalahan tajwid sederhana serta perlu memperbaiki makhraj dan sifat huruf.
- Pelajar akan memperbaiki bacaan Al-Quran dalam tempoh 8 bulan, disertai dengan kelas pengajian ilmu Tajwid.
3. TEMPOH 17 BULAN
- Untuk pelajar yang belum mengenali huruf-huruf Al-Quran.
- Pelajar akan memperbaiki bacaan Al-Quran dalam tempoh 1 tahun 5 bulan, disertai dengan kelas pengajian ilmu Tajwid.
Info Penting:
- Pelajar boleh menyertai program Tahsin Tilawah pada tahap kedua atau ketiga, berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh jawatankuasa penilai.
- Pelajar layak mengikuti Program Ijazah Bersanad setelah berjaya menyelesaikan Program Tahsin Tilawah dengan baik.
KELEBIHAN PROGRAM
- Dibimbing oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman dalam bidang pengajaran Al-Quran.
- Kursus eksklusif yang menekankan penguasaan ilmu Tajwid dengan mendalam.
- Dirancang dan diselia oleh panel pakar yang diiktiraf dalam bidang ini.
- Pelajar yang berjaya akan menerima sijil pengiktirafan daripada Akademi Asshafy.
- Peluang melanjutkan pengajian ke Program Ijazah Bacaan Al-Quran bagi pelajar yang layak.
- Jadual kelas yang fleksibel, khusus untuk pelajar individu.
- Yuran pembelajaran yang berpatutan dan mampu milik.
KAEDAH PEMBELAJARAN
- Belajar Secara Online
Pembelajaran secara ONLINE memberikan kebebasan dan fleksibiliti kepada anda untuk belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa, hanya dengan menggunakan peranti seperti komputer, laptop, tablet, atau telefon pintar.
Persediaan program untuk menyertai program ini, pelajar perlu:
- Memasang aplikasi yang diperlukan melalui Google Play Store, App Store, atau laman web rasmi aplikasi.
- Mengikuti panduan penggunaan aplikasi Zoom yang akan diajarkan oleh Akademi Asshafy untuk sesi kelas langsung.
- Menerima rakaman video atau audio kelas sebagai rujukan, sekiranya tidak dapat menghadiri kelas langsung pada waktu yang ditetapkan.
- Belajar Secara Bersemuka
Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Akademi Asshafy, Lot 826, No. 1A, Tingkat 2- Di Atas Farmasi Muammar, Kg. Tok Buak, Tendong, 17030, Pasir Mas, Kelantan.
https://maps.google.com/?q=6.071627,102.207405