Deskripsi
Pengenalan
Program ini dirancang untuk membantu pelajar menghafal Al-Quran dengan sebutan huruf yang betul serta memastikan bacaan mereka mematuhi hukum tajwid, waqaf, dan ibtida’ dengan teliti. Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menghafal Al-Quran sepenuhnya atau sebahagian surah pilihan.
Kaedah Pengajian:
- Kaedah Tetap: Pelajar mengikuti panduan dan jadual pengajian yang disediakan oleh Akademi Asshafy.
- Kaedah Pilihan: Pelajar boleh memilih untuk menghafal surah-surah tertentu mengikut kemampuan, dan jadual pengajian akan disesuaikan berdasarkan pilihan mereka.
Dalam program ini, pelajar akan diperkenalkan kepada teknik yang efektif untuk menghafal Al-Quran, mengulang bacaan surah yang telah dihafal, serta menjaga hafazan mereka dengan konsisten.
Tujuan Program
- Menghafal Al-Quran: Menghafaz Al-Quran sebagaimana ia diturunkan, dengan melagukannya sesuai ajaran Rasulullah SAW tanpa mencacatkan hukum tajwid dan tilawah.
- Pra-Syarat Pengajian Sanad: Membekalkan pelajar asas hafazan sebagai persediaan untuk memasuki program ijazah atau sanad Al-Quran bersama guru pakar.
- Melahirkan Huffaz Berkualiti: Membentuk generasi huffaz yang mampu menyucikan hati, memperbaiki ummah, dan menjaga Al-Quran dengan baik.
- Peluang Kepada Semua: Membuka ruang kepada umat Islam termasuk mualaf dari pelbagai latar belakang untuk mengenal Al-Quran secara mendalam.
- Menghalusi Bahasa Arab: Membantu pelajar memahami Bahasa Arab dan maknanya melalui interaksi dengan Al-Quran.
- Pengulangan Hafazan: Menyediakan sistem pengulangan bersama para huffaz untuk memantapkan hafazan pelajar.
- Bacaan Tepat: Mengajarkan pelajar kaedah bacaan Al-Quran yang tepat, lengkap dengan hukum tajwid dan tilawah.
Program Tahfiz Al-Quran
Program Pertama
Hafazan Surah-Surah Lazim & Surah Pilihan
Tempoh: 8 hingga 12 bulan
Tahap 1:
Al-Fatihah, An-Naas, Al-Falaq, Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Maa’un, Quraisy, Al-Fiil, Al-Humaizah, Al-Asr, At-Takathur, Al-Qari’ah, Al-‘Adiyat, Az-Zalzalah, Al-Bayyinah, Al-Qadr, Al-‘Alaq, At-Tiin, Ash-Sharh, Ad-Dhuha.
Tahap 2:
An-Naba’ hingga An-Nazi’at, Abasa, At-Takwir, Al-Infitar, Al-Mutaffifin, Al-Inshiqaq, Al-Buruj, At-Tariq, Al-A’la, Al-Ghasiyah, Al-Fajr, Al-Balad, Ash-Shams, Al-Layl.
Tahap 3:
Al-Kahfi, Yassin, As-Sajdah, Ad-Dhukhan, Ar-Rahman, Al-Waqiah, Al-Mulk.
Program Kedua
Hafazan Al-Quran Sepenuhnya Bermula Dari Surah An-Nas
Tempoh: 24 hingga 60 bulan
- 27 Bulan: Pelajar menghafal keseluruhan Al-Quran dalam tempoh 2 tahun 3 bulan.
- 54 Bulan: Pelajar menghafal keseluruhan Al-Quran dalam tempoh 4 tahun 6 bulan.
- 60 Bulan: Pelajar menghafal keseluruhan Al-Quran dalam tempoh 5 tahun.
Sijil Hafazan Al-Quran
- Pelajar akan menerima sijil hafazan bagi setiap 7 juzuk setengah yang berjaya dihafal.
- Pelajar yang menghafal 30 juzuk penuh akan dianugerahkan sijil hafazan Al-Quran lengkap.
Kaedah Pelaksanaan
Tempoh program bergantung kepada tahap penguasaan dan kemampuan pelajar.
- 19 Bulan: Pelajar akan menghafal keseluruhan Al-Quran dalam tempoh 1 tahun 7 bulan.
- 27 Bulan: Pelajar akan menghafal keseluruhan Al-Quran dalam tempoh 2 tahun 3 bulan.
- 54 Bulan: Pelajar akan menghafal keseluruhan Al-Quran dalam tempoh 4 tahun 6 bulan.
- 60 Bulan: Pelajar akan menghafal keseluruhan Al-Quran dalam tempoh 5 tahun.