Kurikulum Pembelajaran
Program ini menggunakan buku Al-Manhaj Al-Alami, yang direka khas untuk pelajar bukan penutur asli bahasa Arab. Buku ini menampilkan gaya penyampaian yang ringkas dan mudah difahami, serta disertai ilustrasi menarik untuk memudahkan pemahaman. Tambahan pula, buku ini dilengkapi dengan QR code yang membolehkan pelajar mendengar bacaan teks dalam bahasa Arab dengan sebutan yang fasih dan jelas.
Program Bahasa Arab Komunikasi Online
Program ini bertujuan meningkatkan empat kemahiran utama pelajar, iaitu:
1. Kemahiran Mendengar: Mengasah kemampuan memahami maklumat daripada apa yang disampaikan oleh guru.
2. Kemahiran Bertutur: Melatih kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab secara lisan dengan yakin dan tepat.
3. Kemahiran Membaca: Mempelajari teknik membaca teks Arab dengan lancar dan memahami maksudnya.
4. Kemahiran Menulis: Menguasai kaedah penulisan bahasa Arab yang betul berdasarkan qawaid dan tatabahasa yang sahih.
Bentuk Sijil
Nota: Pelajar akan menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan selepas berjaya menyelesaikan setiap peringkat pembelajaran.
Kelebihan Program
1. Dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman yang fasih dalam bahasa Melayu dan Arab.
2. Buku pembelajaran direka khusus untuk memenuhi keperluan pelajar yang bukan penutur asli bahasa Arab.
3. Latihan praktikal disediakan untuk memastikan pelajar menguasai lima kemahiran utama: mendengar, bertutur, membaca, memahami teks, dan menulis.
4. Setiap sesi pembelajaran direkod dan disediakan secara percuma untuk rujukan pelajar.
5. Pelajar yang berjaya menamatkan program akan menerima sijil rasmi daripada Akademi Asshafy sebagai pengiktirafan.
6. Jadual kelas yang fleksibel, terutamanya untuk pelajar yang memilih kelas individu.
7. Laporan kemajuan pembelajaran disediakan bagi menilai pencapaian setiap pelajar.